Tujuan menoreh 

Untuk mendapat hasil lateks atau skrap dengan cara memotong saluran lateks secara bersistem 


Alur torehan dibuat dari atas kiri ke Bawah kanan supaya saluran banyak dipotong dengan sudut curam alur torehan 30 darjah


Pemilihan pokok untuk ditoreh 


Cara menoreh pokok getah


Pilih batang pokok getah yang capai ukur lilit 45cm atau 18 inci yang diukur pada ketinggian 150cm dari aras tanah dipangkal pokok



Masa sesuai menoreh

Bermula jam 6.30 pagi kerana saluran lateks masih segar dan torehan lewat pada jam 11.00 pagi 

Paling terbaik toreh selang sehari dengan separuh lilitan batang pokok

Kulit pokok getah ada 3 lapis iaitu :

1. Lapisan luar dinamakan kulit gabus 
2. Lapisan ke dua dinamakan kulit keras
3. Lapisan ke tiga dinamakan kulit lembut ada saluran lateks


Cara menoreh pokok getah

👉 Kedalaman alur torehan 1mm dari kambium kayu 
👉 1mm persamaan setebal duit syiling lima sen
👉 Sekiranya menoreh melebihi kedalaman yang ditetapkan ia akan terkena kayu menjadikan batang pokok getah berbenjol 


Tips untuk dapat hasil skrap/lateks maksima

1. Guna pisau toreh tajam
2. Menoreh waktu pagi kerana sel pokok segar
3. Elak kotoran dialur torehan
4. Bersih mangkuk lateks
5. Toreh setebal 1mm
6. Pastikan lateks masuk mangkuk tiada tercicir
7. Pungut skrap bila berhenti menitik




Peralatan diperlukan 


Cara menoreh pokok getah




Cara buka tapak torehan

👉 Pilih batang pokok getah yang capai ukur lilit 45cm atau 18 inci yang diukur pada ketinggian 150cm dari aras tanah dipangkal pokok


1. Guna kayu ukuran pancang 150 cm dan kepingan zink yang bersudut 30 darjah 

👉 Condong curaman alur toreh 30 darjah

Cara menoreh pokok getah



2. Guna kepingan zink yang ditebuk lubang berjarak 1 inci letak pada batang pokok dan tanda dilubang untuk kawalan kulit sebulan sekali

Cara menoreh pokok getah



3. Tampal kayu ukuran pada batang pokok dan tanda panel torehan dengan menggunakan kapur/maker

Cara menoreh pokok getah



4. Guna tali untuk dapatkan separuh lilitan dengan cara lipat tali 

Cara menoreh pokok getah



5. Tali lipat dua dan tanda menggunakan kapur/maker

👉 Buka tapak torehan separuh lilitan batang pokok dengan menggunakan tali yang dilipat dua 

Cara menoreh pokok getah



6. Selepas ditanda panel torehan kemudian guris nipis guna pisau toreh

Cara menoreh pokok getah



7. Tanda kawalan kulit bulanan guna zink 

Cara menoreh pokok getah



8. Letak pacuran/sudu dengan jarak 20 cm kemudian letak magkuk dibawah pacuran/sudu

Cara menoreh pokok getah






Giliran panel torehan


1. Pokok muda yang baru menoreh yang panel pertama ditoreh ( BO-1 )
 
👉 Tahun panel torehan 1- 5 tahun tempoh hayat 5 tahun dipanggil panel pertama BO-1 kulit dara ditoreh separuh lilitan 


Cara menoreh pokok getah


2. Torehan disebelah pokok selepas habis panel kedua torehan ( BO-2 )

👉 Tahun panel torehan 6 -10 tahun tempoh hayat 5 tahun dipanggil panel kedua BO-2 kulit dara ditoreh separuh lilitan 



Cara menoreh pokok getah



3. Torehan kembali ketempat asal yang pernah toreh panel pertama ( B0-1 ) ke panel pepulihan ( B1-1 )

👉 Tahun panel torehan 11 -15 tahun tempoh hayat 5 tahun dipanggil panel pulihan pertama B1-1 kulit pulihan ditoreh separuh lilitan 

Cara menoreh pokok getah


4. Torehan kembali ketempat asal yang pernah toreh panel kedua (B0-2 ) ke panel pepulihan ( B1-2 )

👉 Tahun panel torehan 16 -17 tahun tempoh hayat 2 tahun dipanggil panel pulihan pertama H0-1 kulit pulihan ditoreh separuh lilitan 


Cara menoreh pokok getah

5. Tahun panel torehan 18 -19 tahun tempoh hayat 2 tahun dipanggil panel pulihan pertama H0-2 kulit pulihan ditoreh separuh lilitan 


6. Tahun panel torehan 20 -21 tahun tempoh hayat 2 tahun dipanggil panel pulihan pertama H0-3 kulit pulihan ditoreh separuh lilitan 




Cara menoreh pokok getah

7. Tahun panel torehan 22 -23 tahun tempoh hayat 2 tahun dipanggil panel pulihan pertama H0-4 kulit pulihan ditoreh separuh lilitan 


8. Tahun panel torehan 24 -25 tahun tempoh hayat 2 tahun dipanggil panel pulihan pertama H0-5 kulit pulihan ditoreh separuh lilitan 


👉 Tempoh menoreh sehingga 25 tahun menoreh H0-5 adalah dikira pokok produktiviti.Tidak dikira umur pokok.

Selepas tempoh ini pokok dikira tidak ekonomik dan layak untuk tanam semula.


Cara menoreh pokok getah



Lihat video 






Sumber dipetik dari Risda 



Cara memohon bantuan tanam semula getah


 Syarat permohonan :

1. Warganegara

2. Tanah mempunyai geran 0.1 hektar hingga 40 hektar

3. Jika tiada geran perlu pengiktirafan daripada pihak berkuasa/agensi 


Kadar bantuan :

Semenanjung Malaysia - RM 20,000 / hektar
Sabah dan Sarawak - RM 23,000 / hektar


Cara memohon bantuan tanam semula getah

Cara memohon :

Permohonan boleh dibuat di pejabat RISDA Stesen, Daerah/Jajahan/Bahagian, Negeri yang berhampiran.

Download dan print borang permohonan DI SINI

Kemudian lampirkan salinan berikut bersama borang permohonan 

- Salinan kad pengenalan pemohon

- Salinan geran tanah

- Salinan maklumat bank dari bank 

Kemudian hantar borang permohonan bersama salinan berkenaan ke Pejabat Risda berhampiran dengan tanah tuan puan 


Sumber dari Risda 



Klik sini >> CARA DAFTAR BANTUAN MUSIM TENGKUJUH KALI PERTAMA 


Pengguna perlu masuk ke Portal Pekebun Kecil RISDA dengan cara klik pada link dibawah

1. Klik sini >>  https://pekebunkecil.risda.gov.my



2. Tekan butang Log Masuk kemudian masukkan nombor kad pengenalan anda dan masukkan kata laluan anda kemudian tekan Log Masuk




3. Tekan butang Profail pengguna dan isi maklumat diperlukan 















































Sumber : Manual portal pekebun kecil Risda 


PILIH KATEGORI

SEMAK BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA
( Masukkan Nombor IC anda dan tekan Hantar )

SEMAK KAD PAT-G
( Masuk Nombor IC
dan tekan Teruskan )







PENAFIAN : Ini adalah Laman Blog peribadi untuk tujuan menyebaran maklumat dan info pelbagai berkaitan tanaman getah.Blog ini bukan web rasmi bagi organisasi. Segala maklumat terkini boleh rujuk pada web rasmi organisasi berkenaan dan maklumat dipetik dari pelbagai sumber