Tujuan menoreh
Untuk mendapat hasil lateks atau skrap dengan cara memotong saluran lateks secara bersistem
Alur torehan dibuat dari atas kiri ke Bawah kanan supaya saluran banyak dipotong dengan s udut curam alur torehan 30 darjah
Pemilihan pokok untuk ditoreh
Pilih batang pokok getah yang capai ukur lilit 45cm atau 18 inci yang diukur pada ketinggian 150cm dari aras tanah dipangkal pokok
Masa sesuai menoreh
Bermula jam 6.30 pagi kerana saluran lateks masih segar dan torehan lewat pada jam 11.00 pagi
Paling terbaik toreh selang sehari dengan separuh lilitan batang pokok
Kulit pokok getah ada 3 lapis iaitu :
1. Lapisan luar dinamakan kulit gabus
2. Lapisan ke dua dinamakan kulit keras
3. Lapisan ke tiga dinamakan kulit lembut ada saluran lateks
👉 Kedalaman alur torehan 1mm dari kambium kayu
👉 1mm persamaan setebal duit syiling lima sen
👉 Sekiranya menoreh melebihi kedalaman yang ditetapkan ia akan terkena kayu menjadikan batang pokok getah berbenjol
Tips untuk dapat hasil skrap/lateks maksima
1. Guna pisau toreh tajam
2. Menoreh waktu pagi kerana sel pokok segar
3. Elak kotoran dialur torehan
4. Bersih mangkuk lateks
5. Toreh setebal 1mm
6. Pastikan lateks masuk mangkuk tiada tercicir
7. Pungut skrap bila berhenti menitik
Peralatan diperlukan
Cara buka tapak torehan
👉 Pilih batang pokok getah yang capai ukur lilit 45cm atau 18 inci yang diukur pada ketinggian 150cm dari aras tanah dipangkal pokok
1. Guna kayu ukuran pancang 150 cm dan kepingan zink yang bersudut 30 darjah
👉 Condong curaman alur toreh 30 darjah
2. Guna kepingan zink yang ditebuk lubang berjarak 1 inci letak pada batang pokok dan tanda dilubang untuk kawalan kulit sebulan sekali
3. Tampal kayu ukuran pada batang pokok dan tanda panel torehan dengan menggunakan kapur/maker
4. Guna tali untuk dapatkan separuh lilitan dengan cara lipat tali
5. Tali lipat dua dan tanda menggunakan kapur/maker
👉 Buka tapak torehan separuh lilitan batang pokok dengan menggunakan tali yang dilipat dua
6. Selepas ditanda panel torehan kemudian guris nipis guna pisau toreh
7. Tanda kawalan kulit bulanan guna zink
8. Letak pacuran/sudu dengan jarak 20 cm kemudian letak magkuk dibawah pacuran/sudu
Giliran panel torehan
1. Pokok muda yang baru menoreh yang panel pertama ditoreh ( BO-1 )
👉 Tahun panel torehan 1- 5 tahun tempoh hayat 5 tahun dipanggil panel pertama BO-1 kulit dara ditoreh separuh lilitan
2. Torehan disebelah pokok selepas habis panel kedua torehan ( BO-2 )
👉 Tahun panel torehan 6 -10 tahun tempoh hayat 5 tahun dipanggil panel kedua BO-2 kulit dara ditoreh separuh lilitan
3. Torehan kembali ketempat asal yang pernah toreh panel pertama ( B0-1 ) ke panel pepulihan ( B1-1 )
👉 Tahun panel torehan 11 -15 tahun tempoh hayat 5 tahun dipanggil panel pulihan pertama B1-1 kulit pulihan ditoreh separuh lilitan
4. Torehan kembali ketempat asal yang pernah toreh panel kedua (B0-2 ) ke panel pepulihan ( B1-2 )
👉 Tahun panel torehan 16 -17 tahun tempoh hayat 2 tahun dipanggil panel pulihan pertama H0-1 kulit pulihan ditoreh separuh lilitan
5. Tahun panel torehan 18 -19 tahun tempoh hayat 2 tahun dipanggil panel pulihan pertama H0-2 kulit pulihan ditoreh separuh lilitan
6. Tahun panel torehan 20 -21 tahun tempoh hayat 2 tahun dipanggil panel pulihan pertama H0-3 kulit pulihan ditoreh separuh lilitan
7. Tahun panel torehan 22 -23 tahun tempoh hayat 2 tahun dipanggil panel pulihan pertama H0-4 kulit pulihan ditoreh separuh lilitan
8. Tahun panel torehan 24 -25 tahun tempoh hayat 2 tahun dipanggil panel pulihan pertama H0-5 kulit pulihan ditoreh separuh lilitan
👉 Tempoh menoreh sehingga 25 tahun menoreh H0-5 adalah dikira pokok produktiviti.Tidak dikira umur pokok.
Selepas tempoh ini pokok dikira tidak ekonomik dan layak untuk tanam semula.
Lihat video
VIDEO
Sumber dipetik dari Risda
0 comments:
Post a Comment