PENDAFTARAN PENGGUNA
1. Pengguna masuk ke pautan halaman utama Portal Pekebun Kecil RISDA di web
Klik sini >> https://pekebunkecil.risda.gov.my
2. Bagi Pengguna baharu, klik butang Daftar Pengguna.
3. Bagi Pengguna berdaftar, klik butang Log Masuk untuk paparan log masuk ke Portal Pekebun Kecil RISDA.
4. Pengguna perlu memasukkan nombor kad pengenalan Pengguna untuk semakan personel dan klik butang Carian.
5. Jika Pengguna telah berdaftar, sistem akan memaparkan skrin notifikasi berikut:
6. Jika nombor kad pengenalan ada rekod dalam Sistem Statistik Pekebun Kecil RISDA, sistem akan memaparkan skrin halaman Borang Pendaftaran Pengguna seperti berikut :
Pengguna akan dikategorikan sebagai Pekebun Kecil Getah dan maklumat nama serta nombor kad pengenalan akan dipaparkan. Pengguna perlu melengkapkan butiran-butiran berikut bagi melengkapkan proses pendaftaran Pengguna baharu :
a) Alamat E-mel Pengguna yang aktif ( Pastikan email anda aktif yang boleh dibuka )
b) Nombor Telefon (Rumah)
c) Nombor Telefon (Bimbit) Perakuan Pendaftaran Pengguna perlu ditanda dengan klik (√) pada kotak dan seterusnya klik butang Hantar untuk melengkapkan proses pendaftaran.
7. Jika nombor kad pengenalan Pengguna tiada rekod dalam Sistem Statistik Pekebun Kecil RISDA, sistem akan memaparkan skrin halaman Borang Pendaftaran Pengguna seperti berikut:
Maklumat Pengguna yang akan dipaparkan adalah nombor kad pengenalan sahaja dan Pengguna perlu melengkapkan butiran-butiran berikut bagi melengkapkan proses pendaftaran Pengguna baharu :
a) Kategori Pengguna dengan pilihan sebagai Pekebun Kecil Getah iaitu pekebun kecil yang mempunyai lot tanaman getah.
b) Nama Penuh Pengguna mengikut kad pengenalan
c) Alamat E-mel Pengguna yang aktif
d) Nombor Telefon (Rumah)
e) Nombor Telefon (Bimbit) Perakuan Pendaftaran Pengguna perlu ditanda dengan klik (√) pada kotak dan seterusnya klik butang Hantar untuk melengkapkan proses pendaftaran.
8. Pendaftaran Berjaya, skrin akan memaparkan mesej seperti di bawah dan klik butang OK.
9. Pengguna perlu membuat pilihan kaedah pengesahan pendaftaran sama ada melalui e-mel atau short message service (SMS).
Nota: Pengguna mempunyai 3 kali percubaan setiap 24 jam untuk menghantar kod OTP melalui SMS.
10.Jika pengguna memilih kaedah pendaftaran melalui e-mel. Skrin akan memaparkan mesej seperti dibawah. E-mel akan memaparkan kod pengesahan OTP untuk pengesahan pendaftaran dan kata laluan untuk log masuk.
11. Jika pengguna memilih kaedah pendaftaran melalui short message service (SMS). Skrin akan memaparkan mesej seperti dibawah. Mesej ini akan memaparkan kod pengesahan OTP untuk pengesahan pendaftaran.
12.Pengguna perlu memasukan kod pengesahan OTP yang diterima. Klik butang Hantar untuk mengesahkan perdaftaran.
13. Selepas klik butang Hantar untuk mengesahkan pendaftaran, skrin akan memaparkan mesej seperti dibawah. Klik butang Ok apabila berjaya disahkan.
Klik sini >> CARA ISI PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH DALAM ONLINE












